Struktur Tali pusat

Tali pusat mengandungi jeli Wharton, suatu bahan jeli dengan sebahagian besarnya terdiri daripada mukopolisakarida yang melindungi saluran darah di dalamnya. Tali pusat mengandungi satu vena, yang membawa darah teroksigen dan nutrien ke janin, dan dua arteri yang membawa darah yang terdeoksigenasi dan kekurangan nutrien.[4] Kadang-kadang, hanya dua saluran (satu vena dan satu arteri) yang terdapat pada tali pusat. Ini kadang-kadang berkaitan dengan keadaan janin abnormal, tetapi boleh juga berlaku tanpa mendatangkan masalah.

Tidak biasa bagi sebuah vena untuk membawa darah beroksigen dan arteri membawa darah yang terdeoksigenasi (satu-satunya contoh lain adalah arteri dan vena pulmonari yang menghubungkan paru-paru ke jantung). Walau bagaimanapun, tatanama ini mencerminkan fakta bahawa vena pada tali pusat membawa darah ke arah jantung janin, sementara arteri umbilik membawa darah menjauhi jantung.